BogorTimes - Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani RA. mengatakan. dalam sebuah kitab nya yang begitu masyhur (fathul rabbani).
"Sesungguhnya, siapa yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah dia berlatih memerangi nafsunya, sehingga dirinya bebas dari cengkaman nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan."
Wahai Sahabat-Sahabatku semua.
nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu sebelum kamu menasihati orang lain.
Baca Juga: Sebar Kabar Hoaks dan Dianggap Penghambat Pembangunan, Warga Bogor Utara Tolak Wartawan Bodrex
Janganlah. Engkau berlebih-lebihan dalam menasihati orang lain sedangkan dalam dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang Engkau perlu perbaiki.
Celakalah Engkau!. Sekiranya Engkau tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan engkau buta untuk membersihkan dirimu sendiri.
bagaimana seorang yang buta dapat memimpin orang lain.
“ wahai hati, wahai ruh, wahaianusia, wahai jin, wahai orang orang yang berharap kepada Maha Raja."
Baca Juga: Ketahulilah, Kenikmatan Hidup Usai Kematian
Marilah kita ketuk pintu Maha Raja. Bersegeralah kamu kepada-NYa dengan tapak hatimu, dengan tapak taqwa dan tauhid kamu, ma'rifat dan kewara-an kamu junjung tinggi, kezuhudan kamu di dunia, di akhirat dan di dalam sesuatu selain daripada yang berkaitan secara langsung dengan Tuhanmu.
Ketahuilah, bahawa taubat itu adalah pusat kekuasaan dan penyesalan segala perbuatan.
Baca Juga: Kabar Gembira kawasaki indonesia Akan Meluncurkan 2 Varian Terbaru.
Tanggalkan lah baju kedurhakaan itu dengan taubat yang tulus ikhlas. Jika engkau bertaubat, hendaklah taubat itu lahir dari hatimu, bertaubatlah engkau lahir dan batin."Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani RA. Dalam kitab Fathul Rabbani".***
penulis: H.alwi yunas